Posts

Showing posts from May, 2020

Kebaikan Aromaterapi Apple

Image
Selalu apple kita buat makan je, Tapi harini kita share kenapa kita kena try aromaterapi apple ni! Apple hijau atau merah? Hijau! Sememangnya rasa apple hijau akan masam berbanding dengan apple merah.  Tapi semasam apple hijau tu pun masih ada kebaikannya. Pertama sekali, aroma apple ni boleh melegakan minda dan tubuh badan setelah menghidunya. Aroma ini akan membuatkan badan kita rasa lebih segar selepas menghidunya. Aroma apple ni jugak boleh menceriakan suasana sesuatu ruang. Aroma apple ni agak "tangy" sama macam lemon tapi tak sekuat lemon. Jadi, aroma apple ni lebih kepada lembut berbanding "tangy". Lepas ni korang jangan cuba makan apple je, boleh cuba hidu aroma apple jugak okay!

Kebaikan Aromaterapi Sakura

Image
Ohaiyou gozaimasu! Tengok gambar pon korang dah tahu kan kita nak cerita pasal apa harini? Yes, exactly! SAKURA! Harini kita datangkan bunga yang berasal dari jauh iaitu dari Jepun. Pokok bunga sakura ni sebenarnya kita tak boleh tanam banyak kat Malaysia. Sebab apa? Malaysia beriklim tropika yang bermaksud panas dan lembap sepanjang tahun. Pokok Sakura ni pulak hanya boleh tumbuh di kawasan yang sejuk dan lembap sahaja. Disebabkan sakura ni bunga yang warna dan bentuknya cantik, kita akan share kebaikan aromaterapi sakura. Sakura ni sebenarnya boleh memberikan aura dan tenaga yang positif kepada individu yang menghidu aromanya. Untuk orang yang suka akan aura yang positif dan inginkan hari yang penuh dengan tenaga, boleh cuba aromaterapi sakura ni. Selain itu, aroma sakura ni juga boleh menceriakan mood seseorang hanya dengan menghidunya. Wow! Sebab tu la banyak produk-produk kecantikan kulit sekarang yang menggunakan sakura sebagai aroma produk mereka. Contohnya, Nive

Kebaikan Aromaterapi Lemon

Image
Hai fellas! Harini kita akan sambung lagi topik kita iaitu kebaikan aromataerapi. For today, kita akan cerita kebaikan aromaterapi Lemon pulak! Lemon ni tinggi dengan kandungan asid askorbik iaitu kita panggil vitamin C which is sangat baik untuk tubuh badan kita. Tapi itu adalah kebaikan bila kita makan lemon, kalau hidu je ada kebaikan tak? Mestila ada! First of all, aroma lemon ni boleh mengurangkan simptom kemurungan atau simptom depresi. Macam mana? Aroma lemon ni walaupun dia agak kuat dan "tangy" sikit, tapi masih boleh memberikan ketenangan kepada minda dan tubuh badan kita tau! Seterusnya, untuk para ibu mengandung, korang boleh cuba aromaterapi lemon ni sebab boleh melegakan "morning sickness" ataupun mual. Disebabkan bau lemon yang agak kuat, jadi bau lain akan hilang dan ibu-ibu akan tertumpu untuk hidu aroma lemon je. Dan akhir sekali, aroma lemon ni mampu memberikan si penghidu mendapatkan fokus yang kuat untuk melakukan sesuatu

Kebaikan Aromaterapi Honey Dew (Tembikai Susu)

Image
Assalamualaikum dan hello everyone! Harini saya akan sambung share kebaikan aromaterapi, which is today will be honey dew! Okay, selalunya honey dew ataupun dalam Bahasa kita panggil tembikai susu ni sama ada kita makan buah dia ataupun kita buat jus kan? Tapi apa kata hari ini kita try jadikan dia aromaterapi pulak. Kenapa perlu jadikan aromaterapi? Sebab banyak kebaikan yang kita akan dapat tau! Di sebalik kemanisan bau honey dew ni, aromanya boleh melegakan mood individu yang menghidunya. Amacam? Best tak? Bukan tu je tau! Aroma honey dew ni boleh jugak menceriakan hari-hari kita yang suram. Contoh, kita baru balik daripada kerja lepas tu masuk kereta bau hoey dew, lega je rasa kepala tu. Ni adalah sedikit sebanyak pasal aroma honey dew, nanti kita sambung lagi okay!

Kebaikan Aromaterapi Lavender

Image
Assalamualaikum dan hai again! So, harini kita akan sambung share satu lagi kebaikan aromaterapi iaitu untuk aroma lavender. Aroma lavender ini merupakan salah satu aroma yang lembut dan menenangkan juga sama macam aroma vanilla. Selalunya, orang akan kata aroma lavender baik untuk membantu orang tidur. Macam mana secara terperincinya ya? Okay, mudah je. Aroma lavender ni secara semula jadinya berfungsi sebagai "anxiolytic", atau secara mudahnya ubat tidur yang akan menenangkan dan memudahkan invidu yang menghidunya untuk tidur. Aroma lavender akan berinteraksi dengan neurotransmitter GABA untuk membantu memperlahankan fungsi otak dan sistem saraf. Maka dengan terjadinya proses ini, penuaan dapat dikurangkan, kemarahan dan kegelisahan juga dapat dielakkan. Menarik kan? Tapi bukan tu je tau. Kadar denyutan jantung juga dapat diperlahankan untuk membantu menenangkan diri dengan menghidu aroma lavender ini. Dengan ini, tekanan darah tidak akan meningkat tinggi bag

Kebaikan Aromaterapi Vanilla

Image
Assalamualaikum dan hai semua, Harini saya akan share sedikit tentang kebaikan aromaterapi vanilla yang ramai orang tak tahu. Selalunya, orang just bau vanilla ni as bau yang wangi dan manis kan? Tapi korang tau tak kebaikan dia? Apa rahsia kebaikan wangian vanilla ni? Sebenarnya, aroma vanilla mampu untuk mengatasi masalah kemurungan. Aroma ini akan menenangkan individu yang menghidunya. Macam mana boleh jadi sebegitu? Pertama, aroma yang masuk ke kawasan nostril akan meringankan fikiran individu yang menghidu. Kemudian individu tersebut akan perlahan-lahan berasa tenang. Hal ini akan menghilangkan atau mengurangkan rasa stress individu yang menghidunya. Aroma vanilla yang lembut dan wangi ini cukup untuk membuatkan seseorang merasa bahagia dan tenang. Hirup udara yang segar, kehidupan akan menjadi tenang.