Kebaikan Aromaterapi Sakura
Ohaiyou gozaimasu!
Tengok gambar pon korang dah tahu kan kita nak cerita pasal apa harini? Yes, exactly! SAKURA!
Harini kita datangkan bunga yang berasal dari jauh iaitu dari Jepun.
Pokok bunga sakura ni sebenarnya kita tak boleh tanam banyak kat Malaysia. Sebab apa? Malaysia beriklim tropika yang bermaksud panas dan lembap sepanjang tahun. Pokok Sakura ni pulak hanya boleh tumbuh di kawasan yang sejuk dan lembap sahaja.
Disebabkan sakura ni bunga yang warna dan bentuknya cantik, kita akan share kebaikan aromaterapi sakura.
Sakura ni sebenarnya boleh memberikan aura dan tenaga yang positif kepada individu yang menghidu aromanya. Untuk orang yang suka akan aura yang positif dan inginkan hari yang penuh dengan tenaga, boleh cuba aromaterapi sakura ni.
Selain itu, aroma sakura ni juga boleh menceriakan mood seseorang hanya dengan menghidunya. Wow! Sebab tu la banyak produk-produk kecantikan kulit sekarang yang menggunakan sakura sebagai aroma produk mereka.
Contohnya, Nivea whitening sakura, Shokubutsu sakura dan macam-macam lagi. Sakura pun baik untuk penjagaan kulit kita juga tau!
Comments
Post a Comment