Review Novel Empayar 1

Bismillah..Assalamualaikum semua!

So aku akan review sikit je buku Empayar daripada Teme Abdullah, sebab ni first novel dia yang bukan siri jalanan. Bagi aku siri jalanan best, tapi Empayar mantap beb! Too many plot twist and aku dapat bayangkan satu persatu scene buku ni dalam kepala otak aku(lagi-lagi part pelatih 8492 lawan debat dengan pelatih 1636 dalam satu kawasan stadium tapi version klasik gitu weh) haha cantek. Kan best kalau buku empayar ada adaptasi jadi filem pehhh mesti mantap giler😱
Okay dah, sampai situ je kot keterujaan aku hahaha.

Next, dari segi cover buku Empayar. Aku suka cover dia sebab nampak very classic and dalam masa yang sama buku ringan sebab paperback and paper jenis ringan, tapi yang penting kualiti tiptop brader!

Okay, ni part yang aku tak sabar nak citer ni hehe...first dari segi bahasa aku suka jugak sebab bahasa yang Teme guna untuk buku ni sangat senang untuk aku faham dan aku yakin, siapapun yang baca buku ni akan dapat faham. Banyak gila nilai moral yang boleh aku hayati dalam novel ni and it is really good!

Aku mula2 tak paham tau kenapa dia guna identiti dalam novel as numbers cth; pelatih 2335. Dah la menguji minda nak ingat nombor2 tu lagi, tapi after some reading baru aku tau kenapa haha. And waktu mula-mula aku baca, aku macam confiused siapa watak utama sebenarnya ni. Korang kena baca buku ni serius. Pastu en timeline cerita dia pon menarik, back to traditional dari timeline zaman kita yang sekarang.

Okay aku bagi sikit la sinopsis, citer dia pasal pelatih zaman after kemajuan and Islam jatuh. But then, Sultan berusaha untuk bangkitkan Islam semula walaupun banyak orang yang tabur fitnah, anakandanya lari dari istana and so on. Pastu macam mana diorang counterback the problem dengan melahirkan pelatih yang berwibawa ha gitu. So, dalam ni dia banyak cerita apa yang pelatih ni lalui and ada sikit plot twist dalam ni okay dah cukup hehe. Alaa aku tanak la spoiler lebih2 tapi apapon memang besttttt. Good job teme😁

Setakat ni aku dah baca semua novel yang Teme tulis, kecuali Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama dan Kedua. So, maybe next aku akan update review Empayar 2 pulak kot hehehe. Till next time byeeee....

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel Empayar 2

Kebaikan Aromaterapi Lemon