Kebaikan Aromaterapi Lavender
So, harini kita akan sambung share satu lagi kebaikan aromaterapi iaitu untuk aroma lavender.
Aroma lavender ini merupakan salah satu aroma yang lembut dan menenangkan juga sama macam aroma vanilla.
Selalunya, orang akan kata aroma lavender baik untuk membantu orang tidur. Macam mana secara terperincinya ya?
Okay, mudah je. Aroma lavender ni secara semula jadinya berfungsi sebagai "anxiolytic", atau secara mudahnya ubat tidur yang akan menenangkan dan memudahkan invidu yang menghidunya untuk tidur. Aroma lavender akan berinteraksi dengan neurotransmitter GABA untuk membantu memperlahankan fungsi otak dan sistem saraf. Maka dengan terjadinya proses ini, penuaan dapat dikurangkan, kemarahan dan kegelisahan juga dapat dielakkan.
Menarik kan? Tapi bukan tu je tau.
Kadar denyutan jantung juga dapat diperlahankan untuk membantu menenangkan diri dengan menghidu aroma lavender ini. Dengan ini, tekanan darah tidak akan meningkat tinggi bagi individu yang mengalami tekanan darah tinggi
Aroma yang lembut bukan sekadar lembut malah menenangkan.
Comments
Post a Comment