Kebaikan Aromaterapi Lemon


Hai fellas!

Harini kita akan sambung lagi topik kita iaitu kebaikan aromataerapi. For today, kita akan cerita kebaikan aromaterapi Lemon pulak!

Lemon ni tinggi dengan kandungan asid askorbik iaitu kita panggil vitamin C which is sangat baik untuk tubuh badan kita. Tapi itu adalah kebaikan bila kita makan lemon, kalau hidu je ada kebaikan tak? Mestila ada!

First of all, aroma lemon ni boleh mengurangkan simptom kemurungan atau simptom depresi. Macam mana? Aroma lemon ni walaupun dia agak kuat dan "tangy" sikit, tapi masih boleh memberikan ketenangan kepada minda dan tubuh badan kita tau!

Seterusnya, untuk para ibu mengandung, korang boleh cuba aromaterapi lemon ni sebab boleh melegakan "morning sickness" ataupun mual. Disebabkan bau lemon yang agak kuat, jadi bau lain akan hilang dan ibu-ibu akan tertumpu untuk hidu aroma lemon je.

Dan akhir sekali, aroma lemon ni mampu memberikan si penghidu mendapatkan fokus yang kuat untuk melakukan sesuatu. Si penghidu juga akan sentiasa "alert" dengan persekitaranya.

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel Empayar 2

Review Novel Empayar 1